Terma dan Syarat

A: Jadual Syarat Penyertaan

Penganjur Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd 201301042171 (1071996-A)
Lot 9.02 Level 9 First Avenue Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Peraduan Peraduan “Ribena Ooh Nikmatnya”
Tempoh Peraduan

Peraduan bermula pada jam 00:00:00 1 Julai 2025 sehingga jam 23:59:59 30 September 2025 [“Tempoh Peraduan”].

Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.

Tempoh Peraduan Mingguan:
Minggu 1:
Selasa, 1 Julai 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 8 Julai 2025, jam 23:59:59

Minggu 2:
Rabu, 9 Julai 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 15 Julai 2025, jam 23:59:59

Minggu 3:
Rabu, 16 Julai 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 22 Julai 2025, jam 23:59:59

Minggu 4:
Rabu, 23 Julai 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 29 Julai 2025, jam 23:59:59

Minggu 5:
Rabu, 30 Julai 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 5 Ogus 2025, jam 23:59:59

Minggu 6:
Rabu, 6 Ogos 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 12 Ogus 2025, jam 23:59:59

Minggu 7:
Rabu, 13 Ogos 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 19 Ogus 2025, jam 23:59:59

Minggu 8:
Rabu, 20 Ogos 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 26 Ogus 2025, jam 23:59:59

Minggu 9:
Rabu, 27 Ogos 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 2 September 2025, jam 23:59:59

Minggu 10:
Rabu, 3 September 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 9 September 2025, jam 23:59:59

Minggu 11:
Rabu, 10 September 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 16 September 2025, jam 23:59:59

Minggu 12:
Rabu, 17 September 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 23 September 2025, jam 23:59:59

Minggu 13:
Rabu, 24 September 2025, jam 00:00:00 hingga Selasa, 30 September 2025, jam 23:59:59

Syarat Kelayakan

Terbuka kepada individu pemegang sah MyKad atau MyPR berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas pada permulaan tempoh peraduan [setiap seorang “Peserta” dan secara kolektif “Peserta”]. Penganjur berhak untuk meminta dokumen pengenalan sebagai bukti pengesahan

Individu berikut adalah tidak layak menyertai peraduan ini:

  • Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
  • Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
  • Individu yang mempunyai hubungkait secara langsung dengan kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya]
Langkah-langkah Penyertaan
  • Peserta perlu mengimbas kod QR atau melayari laman web rasmi peraduan di www.oohjuicyribena.com menggunakan peranti mudah alih untuk bermain permainan.
  • Untuk menyertai:

    • Beli mana-mana produk Ribena atau C.C. Lemon dengan nilai minimum RM5.
    • Imbas logo Ribena untuk meneruskan.
  • Selepas melengkapkan permainan:

  • Setiap pembelian bernilai RM5 dalam satu resit di 7-Eleven akan melayakkan anda untuk dua (2) penyertaan dalam peraduan ini.

    Setiap pembelian bernilai RM5 dalam satu resit di tempat yang sah selain 7-Eleven akan melayakkan anda untuk satu (1) penyertaan dalam peraduan ini. Sebagai contoh:

    • Satu resit berjumlah RM20 melayakkan anda untuk empat (4) penyertaan.
  • Penyertaan berganda boleh dihantar, dengan syarat setiap penyertaan disertakan dengan resit asal yang berbeza sebagai bukti pembelian.
  • Peserta hanya boleh menyertai peraduan melalui www.oohjuicyribena.com

Nota:

  • Resit pembelian asal mesti disimpan untuk pengesahan pemenang dan penebusan hadiah.
  • Resit pembelian perlu menunjukkan dengan jelas:

    • Produk yang dibeli dan harga
    • Tarikh pembelian
    • Nama kedai/Cop kedai
    • Nombor resit
    • Alamat penghantaran (until E-resit Sahaja)
  • Stor rasmi dalam talian terdiri daripada pembelian di:

    • Suntory Official Store
    • Foodpanda
    • Grab Mart
    • Lazada
    • Lotus’s Online
    • AEON Online
Tarikh Akhir Penyertaan

Semua penyertaan mesti diterima oleh penganjur pada atau sebelum 23:59:59, 30 September 2025. Sebarang penyertaan selepas tempoh peraduan tidak akan diterima.

Mod Permainan

Mod Permainan

Peserta boleh bermain permainan ini dalam dua mod berbeza:

  • Mod 1: Permainan Dipertingkatkan dengan Imbasan Logo Produk Ribena

    Pengguna yang mengimbas logo Ribena pada produk Ribena sebenar di permulaan permainan layak untuk menembak Ribbey (maskot Ribena), yang menawarkan mata lebih tinggi. Mod ini membolehkan pengguna mencapai skor lebih tinggi berbanding Permainan Biasa, meningkatkan peluang mereka untuk mencapai nilai kelayakan penebusan baucar.

  • Mod 2: Permainan Biasa

    Pengguna yang tidak mengimbas logo Ribena pada produk Ribena sebenar di permulaan permainan masih boleh bermain dan mengumpul mata dengan menembak blackcurrant ungu. Blackcurrant ini menawarkan mata standard.

Kelayakan untuk Mod Permainan

  • Kedua-dua mod permainan terbuka kepada semua peserta, tetapi hanya pengguna yang telah mengimbas logo Ribena pada produk Ribena sebenar layak untuk skor dipertingkatkan dengan Ribbey (maskot Ribena).
Peringkat Mata Permainan & Baucar Ribena

Peringkat Mata Permainan

Peserta boleh mendapatkan baucar eksklusif Ribena berdasarkan prestasi permainan mereka:

  • Baucar Tahap 1: Diperoleh dengan mencapai skor permainan antara 1200 hingga 2499 mata. Klik "Tuntut" di antara muka permainan untuk menebus baucar diskaun RM1 bagi produk Ribena dengan pembelian minimum RM12. Anda akan diarahkan ke "Kedai Rasmi Ribena" untuk menebus baucar tersebut.
  • Baucar Tahap 2: Diperoleh dengan mencapai skor permainan sebanyak 2500 mata atau lebih. Klik "Tuntut" di antara muka permainan untuk menebus baucar diskaun RM2 bagi produk Ribena dengan pembelian minimum RM20. Anda akan diarahkan ke "Kedai Rasmi Ribena" untuk menebus baucar tersebut.

Mekanisme Baucar Ribena

  • Baucar Tahap 1: Diskaun RM1 dengan perbelanjaan minimum RM12 untuk produk Ribena.
  • Baucar Tahap 2: Diskaun RM2 dengan perbelanjaan minimum RM20 untuk produk Ribena.

Penggunaan Baucar Ribena

  • Setiap pengguna dihadkan kepada penebusan setiap baucar maksimum 3 kali sepanjang tempoh kempen di Kedai Rasmi Ribena.

Produk Layak

  • Baucar hanya sah untuk produk Ribena (Kordial / RTD / Pastil, PET / Cheerpack / Pouch / CAN / Combi / Tetra) dan C.C. Lemon yang tersedia di Kedai Rasmi Ribena dan C.C. Lemon.

Terma Tambahan

  • Baucar Ribena tertakluk kepada ketersediaan berdasarkan konsep "siapa cepat, dia dapat."
  • Mata permainan dan baucar tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau dipindahkan ke akaun lain.
  • Penganjur kempen berhak untuk meminda terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Hadiah

Hadiah Utama:
Perodua Myvi 1.5L H bernilai RM55,000 untuk satu (1) Pemenang.

Hadiah Mingguan:
Yamaha Ego Avantiz bernilai RM5,600 untuk tiga (3) Pemenang setiap minggu. Jumlah keseluruhan pemenang adalah tiga puluh sembilan (39) sepanjang tempoh peraduan.

Hadiah Saguhati:
Kredit TnG/Boost kredit e-wallet bernilai RM3 / RM5 / RM7 akan diberikan secara rawak kepada dua ribu empat ratus lapan belas (2,418) pemenang setiap minggu sepanjang tiga belas (13) minggu tempoh peraduan.

Jumlah keseluruhan pemenang adalah tiga puluh satu ribu empat ratus tiga puluh tiga (31,433) sepanjang tempoh peraduan.

Jumlah keseluruhan nilai hadiah saguhati mingguan adalah RM114,608.

Setiap peserta berpeluang memenangi sehingga tiga belas (13) Hadiah Saguhati selama tiga belas (13) minggu tempoh peraduan serta layak memenangi satu (1) Hadiah Mingguan dan satu (1) Hadiah Utama, tertakluk kepada satu resit bagi setiap penyertaan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dimenangi dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang makluman terlebih dahulu.

Segala imej gambar hadiah yang ditunjukkan dalam mana-mana iklan, promosi publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan peraduan ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar.

Kriteria dan Proses Pemilihan Pemenang

Syarat-syarat penyertaan:

  • Setiap penyertaan mesti dihantar melalui laman web www.oohjuicyribena.com.
  • Satu (1) akaun di laman web www.oohjuicyribena.com bersamaan dengan satu (1) Peserta dan satu (1) nombor kad pengenalan.
  • Semua penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada jam 23:59:59, 30 September 2025 ("Tarikh tutup").
  • Pihak Penganjur berhak untuk menolak sebarang penyertaan yang tidak lengkap atau diterima selepas tarikh tutup.
  • Para Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan sepanjang tempoh peraduan.
  • Setiap Peserta layak memenangi sehingga tiga belas (13) Hadiah Saguhati, satu (1) Hadiah Mingguan dan satu (1) Hadiah Utama sepanjang tempoh peraduan.
  • Semua pemenang bagi Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama dikehendaki mengemukakan salinan sah MyKad atau MyPR sebagai bukti identiti. Sekiranya maklumat peribadi yang dikemukakan tidak sepadan dengan penyertaan yang dihantar (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama penuh dan nombor kad pengenalan), kelayakan untuk menerima hadiah akan terbatal serta-merta tanpa sebarang rayuan.

Kriteria Kemenangan:

Proses pemilihan Pemenang:- -

  • Semua penyertaan mestilah lengkap dan memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan pada bahagian syarat-syarat penyertaan di atas. Sebarang penyertaan yang tidak lengkap akan terbatal secara automatik.
  • Pemenang yang layak akan ditentukan seperti berikut:

a) Hadiah Utama:
Perodua Myvi 1.5L H bernilai RM55,000 untuk satu (1) Pemenang.

  • Pemenang Hadiah Utama akan ditentukan berdasarkan kaedah berikut, mengikut budi bicara mutlak pihak penganjur: (i) markah tertinggi; (ii) sekiranya dua (2) atau lebih peserta memperoleh markah tertinggi yang sama, pemilihan akan dibuat berdasarkan nilai pembelian terkumpul tertinggi yang disahkan melalui resit sah (minimum RM5 bagi setiap resit) sepanjang tempoh peraduan; (iii) sekiranya dua (2) atau lebih peserta memperoleh markah dan nilai pembelian terkumpul yang sama, pemilihan akan dibuat berdasarkan bilangan permainan yang dimainkan tertinggi.

b) Hadiah Mingguan:
Yamaha Ego Avantiz bernilai RM5,600 untuk tiga (3) Pemenang setiap minggu. Jumlah keseluruhan pemenang adalah tiga puluh sembilan (39) sepanjang tempoh peraduan.

  • Pemenang Hadiah Mingguan akan ditentukan berdasarkan kaedah berikut, mengikut budi bicara mutlak pihak penganjur: (i) markah tertinggi; (ii) sekiranya dua (2) atau lebih peserta memperoleh markah tertinggi yang sama, pemilihan akan dibuat berdasarkan nilai pembelian terkumpul tertinggi yang disahkan melalui resit sah (minimum RM5 bagi setiap resit) sepanjang tempoh peraduan; (iii) sekiranya dua (2) atau lebih peserta memperoleh markah dan nilai pembelian terkumpul yang sama, pemilihan akan dibuat berdasarkan bilangan permainan yang dimainkan tertinggi.

c) Hadiah Saguhati:
Kredit TnG/Boost kredit e-wallet bernilai RM3 / RM5 / RM7 akan diberikan secara rawak kepada dua ribu empat ratus lapan belas (2,418) pemenang setiap minggu sepanjang tiga belas (13) minggu tempoh peraduan.

Jumlah keseluruhan pemenang adalah tiga puluh satu ribu empat ratus tiga puluh tiga (31,433) sepanjang tempoh peraduan.

  • Pemenang akan dipilih berdasarkan skor tertinggi setiap minggu berdasarkan pembelian dengan resit sah bernilai RM5 dan ke atas sepanjang tempoh peraduan.
  • Pemenang mesti mempunyai akaun Touch ‘n Go ataupun akaun Boost yang sah untuk menerima nilai Touch ‘n Go ataupun Boost.
  • Pemenang akan menerima nilai kredit dalam tempoh tiga puluh hingga enam puluh (30-60) hari bekerja selepas penerimaan penyertaan dan pengesahan dilakukan.

Sebarang tingkah laku mencurigakan di laman mikro permainan, seperti mengambil masa terlalu lama untuk menghantar penyertaan atau aktiviti luar biasa yang menunjukkan cubaan menggodam permainan, akan menyebabkan penyertaan yang disenaraikan dihitamkan dan dibatalkan. Penganjur berhak menolak atau membatalkan penyertaan atas budi bicara mutlak mereka tanpa notis.

Resit palsu, meragukan, diubah suai, mengandungi tanda dagangan berdaftar (®), atau dikeluarkan oleh pengedar/pemborong adalah tidak layak. Hanya pembelian oleh pengguna akhir akan diterima. Penganjur berhak menolak penyertaan dan membatalkan kelayakan hadiah tanpa notis.

Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.

Notis Pemenang
Hadiah Utama

  • Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk mengesahkan maklumat mereka dan mendapatkan butiran yang diperlukan.
  • Pemenang akan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas pengumuman pemenang diterbitkan di halaman Instagram Ribena.
  • Tiga (3) percubaan akan dibuat untuk menghubungi pemenang.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya tiada maklum balas daripada pemenang dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas dihubungi, dan kelayakan pemenang akan dibatalkan secara automatik.
  • Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan selepas tempoh peraduan tamat. Pemenang yang disahkan akan dimaklumkan mengenai pengaturan hadiah selepas peraduan tamat, dan hadiah akan diberikan dalam tempoh 30 hingga 60 hari bekerja selepas itu.
  • Semua Hadiah Utama mesti dituntut dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pemberitahuan mengenai pengaturan untuk menuntut hadiah. Kelayakan pemenang akan terbatal secara automatik sekiranya hadiah tidak dituntut dalam tempoh tersebut.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau jika terdapat kelewatan dalam penghantaran pemberitahuan kepada pemenang.
  • Sekiranya pemenang tidak menerima sebarang pemberitahuan, pemberitahuan yang dipaparkan di laman web peraduan dan/atau halaman Instagram (https://www.instagram.com/ribenamalaysia) akan dianggap mencukupi.
  • Sebarang alasan daripada pemenang kerana tidak menerima pemberitahuan tidak akan dilayan oleh Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.

Notis Pemenang
Hadiah Mingguan

  • Pemenang akan dihubungi oleh Penganjur untuk mengesahkan maklumat mereka dan mendapatkan butiran yang diperlukan.
  • Pemenang akan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas pengumuman pemenang diterbitkan di halaman Instagram Ribena.
  • Tiga (3) percubaan akan dibuat untuk menghubungi pemenang.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya tiada maklum balas daripada pemenang dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas dihubungi, dan kelayakan pemenang akan dibatalkan secara automatik.
  • Pemenang Hadiah Mingguan akan diumumkan setiap minggu sepanjang tempoh peraduan. Pemenang yang disahkan akan dimaklumkan mengenai pengaturan hadiah selepas peraduan tamat, dan hadiah akan diberikan dalam tempoh 30 hingga 60 hari bekerja selepas itu.
  • Semua Hadiah Mingguan mesti dituntut dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pemberitahuan mengenai pengaturan untuk menuntut hadiah. Kelayakan pemenang akan terbatal secara automatik sekiranya hadiah tidak dituntut dalam tempoh tersebut.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau jika terdapat kelewatan dalam penghantaran pemberitahuan kepada pemenang.
  • Sekiranya pemenang tidak menerima sebarang pemberitahuan, pemberitahuan yang dipaparkan di laman web peraduan dan/atau halaman Instagram (https://www.instagram.com/ribenamalaysia) akan dianggap mencukupi.
  • Sebarang alasan daripada pemenang kerana tidak menerima pemberitahuan tidak akan dilayan untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.
  • Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.
  • Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana pemenang yang gagal mematuhi prosedur tuntutan hadiah seperti yang dinyatakan.

Syarat & Hadiah
dan Keterbatasan

  • Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar ganti, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau barangan lain.
  • Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai atau lebih tinggi sekiranya hadiah asal tidak tersedia.
  • Hadiah tidak termasuk kos pendaftaran, cukai jalan, insurans, pengangkutan, pendaftaran nombor plat atau apa-apa kos sampingan yang berkaitan.
  • Penganjur berhak menentukan warna, kelengkapan dan aksesori hadiah. Pemenang hendaklah menerima hadiah dalam keadaan “SEADANYA”.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang akibat termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan nyawa, kecederaan kepada mana-mana individu dan/atau kerosakan kepada mana-mana harta benda yang timbul daripada atau berkaitan dengan pemberian, penebusan atau penggunaan hadiah.
  • Sebarang kos yang terlibat untuk menuntut hadiah (contohnya, pengangkutan, perbelanjaan perjalanan dan lain-lain) adalah tanggungjawab sepenuhnya pihak pemenang.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang hadiah yang hilang, dicuri atau rosak selepas diserahkan kepada pemenang.

Jadual Syarat Penyertaan ini harus dibaca bersama dengan syarat-syarat penyertaan, notis privasi kami yang disertakan dalam dokumen ini dan dasar privasi yang boleh didapati di laman penganjur (secara keseluruhannya “Terma dan Syarat”) dan akan terpakai kepada semua Peserta yang menyertai peraduan ini (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta”, “Pemenang”). Dengan menyertai Peraduan ini, perserta dianggap telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat dan pemprosesan Maklumat Peribadi seperti yang dinyatakan di dalam notis privasi kami dan di laman Penganjur.




B: Syarat-Syarat Penyertaan

Hak Pihak Penganjur

  1. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan para Peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian yang sah.
  2. Peserta dan Pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam peraduan ini penebusan dan/atau penggunaan hadiah dan bersetuju melepaskan Pihak Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
  3. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Peraduan. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat, pertanyaan, rayuan atau bantahan tidak akan dilayani. Peserta dengan ini bersetuju bahawa tidak ada tindakan yang akan diambil terhadap Pihak Penganjur.
  4. Dengan mengikuti Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan / atau mana-mana ejen pihak ketiga ["Agensi"] yang dipilih oleh Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta untuk tujuan Peraduan ini.
  5. Setiap Peserta bersetuju untuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan maklumat peribadinya, dan menyatakan dan menjamin bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat di dalam semua aspek. Setiap Peserta bersetuju bahawa Penganjur boleh, untuk jangka waktu yang munasabah, kecuali jika disarankan sebaliknya, menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan promosi, pemasaran, publisiti, penyelidikan dan pembuatan profil, termasuk mengirim pesanan elektronik atau membuat panggilan telefon kepada Peserta.
  6. Nilai hadiah tepat pada masa dicetak. Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan nilai yang sama pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
  7. Hadiah yang hilang atau rosak semasa proses penghantaran, tidak akan diganti dan Pihak Penganjur berhak menolak sebarang kewajiban untuk tidak mengganti atau memenuhi hadiah ini.
  8. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki mengganggu proses penyerahan atau pengendalian dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya telah melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan kempen ini.
  9. Penganjur tidak akan memikul tanggungjawab atau tanggungan terhadap Hadiah / produk / baucar / e-baucar dan dengan jelas mengecualikan dan menolak sebarang pernyataan, jaminan atau sokongan, tersirat atau tersurat, bertulis atau lisan, mengenai produk / baucar / e- baucar yang ditawarkan di bawah Program Penebusan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kualiti, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan atau penggunaan tertentu, kesihatan dan keselamatan. Hadiah / produk / baucar / e-baucar yang ditawarkan oleh pemilik jenama di bawah terma dan syarat seperti yang ditentukan oleh pemilik jenama tersebut. Segala perselisihan yang timbul dari atau berkaitan dengan Hadiah / produk / baucar / e-baucar yang ditawarkan oleh pemilik jenama harus diselesaikan oleh pengguna secara langsung dengan pemilik jenama.
  10. Sekiranya Peraduan ini terganggu dengan apa cara pun atau tidak dapat dijalankan sebagaimana yang dijangkakan secara munasabah atas sebab di luar kawalan munasabah Pihak Penganjur, maka Pihak Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk mengubah terma dan syarat Peraduan ini, menangguhkan, menamatkan atau membatalkan Peraduan, jika diperlukan, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Publisiti

  1. Penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada Pihak Penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau foto Peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.

Pematuhan kepada Terma & Syarat Peraduan

  1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur.

Perubahan kepada Terma & Syarat

  1. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Para Peserta adalah terikat kepada perubahan sedemikian.
  2. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman, percanggahan, kesamaran atau perbezaan antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau sebarang versi Bahasa lain terma dan syarat ini, versi yang tertera di laman sesawang peraduan akan diguna pakai.

Penggantungan

  1. Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.

Perlindungan Data

  1. Dengan mengambil bahagian di dalam pertandingan ini dan/atau membekalkan data peribadi anda kepada Pihak Penganjur, anda menjamin dan menyatakan bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi Privasi yang dilampirkan pada Terma dan Syarat ini dan anda telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Pihak Penganjur menurut Polisi Privasi tersebut. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda bersetuju untuk, membela dan mempertahankan Pihak Penganjur terhadap sebarang kerugian, gantirugi, kos, tuntutan, tindakan, atau liabiliti yang berlaku disebabkan oleh perlanggaran jaminan yang dinyatakan di atas.
  2. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian, bagaimanapun, Pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika diperlukan untuk tujuan menganjur Peraduan ini, atau dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

 

Harta Intelek

  1. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi kepunyaan Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan.
  2. Melainkan hak cipta dan hak harta intelek yang berkaitan dengan hadiah yang layak dimenangi oleh Peserta, semua hakcipta dan hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam paten, nama cap dagangan, hak keempunyaan yang terkandung dalam produk yang dirujuk dalam Terma dan Syarat ini, iaitu, antara lainnya, Ribena adalah hak milik Penganjur sama ada didaftarkan di atas nama Penganjur ataupun tidak.



Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd.

Pengguna yang dihormati,

Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya:-

  1. Bahawa kami [“Penganjur”] mengumpul data peribadi anda daripada borang penyertaan Peraduan;
  2. Data peribadi Individu dikumpul untuk (“Peraduan”);
  3. Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetuklan data peribadi anda;
  4. Data peribadi Individu akan dikongsi dengan Agensi yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
  5. Data peribadi Individu akan diguna untuk tujuan Program ini sahaja;/li>
  6. Data peribadi yang diminta adalah wajib, dan jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, penyertaan Individu tidak akan diterima;
  7. Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur; dan
  8. Sekiranya Individu mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas, anda boleh berhubung dengan kami melalui talian +6012 826 6200 dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang (hari kerja, kecuali cuti negeri atau cuti umum).
Peraduan ini khas untuk pembelian produk Ribena & C.C. Lemon.
Sila simpan resit anda untuk tujuan pengesahan.
Tertakluk kepada terma dan syarat.

OK